Generasi Ketiga (40 Series, 1960-1985) Toyota Land Cruiser

40 Series
Maklumat
Juga dikenaliToyota Bandeirante (Brasil)
Pengeluaran1960–1984
PemasanganToyota City, Jepang
Stail badan2-door Softtop
2-door Hardtop
2-door pickup truck
4-door Station wagon
Reka letakMesin depan, Penggerak roda depan / Penggerak 4 roda
Enjin3.9 L F I6 [1]
4.2 L 2F I6 [1]
3.0 L B diesel I4 [1]
3.2 L 2B diesel I4
3.4 L 3B diesel I4
3.6 L H diesel I6[1]
Jarak roda90 in (2286 mm)
Panjang151.2 in (3840.5 mm)
Lebar65.6 in (1666.2 mm)
TinggiSofttop 76.8 in (1950.7 mm)
Hardtop 78.8 in (2001.5 mm)
Berat CurbSofttop 3,263 lb (1,480 kg)
Hardtop 3,427 lb (1,554 kg)
  • 1960 - Toyota FJ40 dilancarkan. Menggunakan enjin 3.9L Jenis F dan tetap menggunakan kotak gear 3 percepatan. Di Brazil, kereta ini dinamakan Bandeirante dan memakai enjin diesel Mercedes-Benz berdaya 78 hp.
  • 1965 - Land Cruiser menjadi kereta Toyota paling laris di Amerika Syarikat
  • 1968 - Land Cruiser terjual 100,000 unit
  • 1972 - Land Cruiser terjual 200,000 unit di seluruh dunia.
  • 1973 - Land Cruiser terjual 300,000 unit.

Enjin diesel baru dengan jarak paksi roda panjang diperkenalkan. [Butuh rujukan].

  • 1974 - Mesin baru diesel 4 segaris 3.0LB ditawarkan. Pengenalan mesin baru ini membuat jualan Land Cruiser di Jepun meningkat mendadak kerana dikenakan cukai lebih rendah daripada enjin 3.9L.
  • 1975 - Mesin 3.9L diganti dengan enjin berkapasiti lebih besar dan lebih bertenaga, 4.2L Jenis 2F.
  • 1976 - FJ40 di Amerika Syarikat diberi tambahan brek cakera untuk bahagian depan.
  • 1977 - Tentera Ireland menempah Toyota FJ45 sebanyak 77 unit. Walaupun tangguh, kereta ini ternyata gampang berkarat dan akhirnya perlu dicat semula.
  • 1978 - Land Cruiser BJ / FJ40 dan FJ55 mula dijual di Jerman Barat.
  • 1979 - Power steering dan penghawa dingin mula dipasang di FJ40 untuk pertama kalinya. Enjin diesel di Jepun menjadi 3.2L Jenis 2B.

Di beberapa negara, mesin diesel 3.6L Jenis H juga ditawarkan.

  • 1981 - Mesin diesel diganti menjadi 3.4L Jenis 3B dan mendapat brek cakera untuk roda depan.
  • 1983 - Land Cruiser FJ40 terakhir diimport Toyota dari Jepun.